Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

OUR PLATFORM

Kaedah pengambilan  pelajar terbaik

Mengubah landskap bidang pengambilan pelajar dengan membawa perubahan besar daripada cara pengambilan yang tradisional kepada pengwujudan sebuah platform digital khas yang mudah, efektif dan futuristik.

Pengambilan Pelajar Bersifat Dua Hala

Pelajar bukan setakat memohon, akan tetapi dalam perjalanan mereka menuju kegemilangan, mereka berupaya dihubungkan dengan para pakar kaunselor, staf universiti dan ejennya malahan duta pelajar melalui aplikasi ini.

Pengalaman Bakal Pelajar Yang Menyeluruh

Aplikasi ini merangkumi keseluruhan perjalanan bakal pelajar cemerlang bermula daripada pengetahuan awal mereka mengenai peluang pendidikan luar negara, kemudian menuju ke permohonan, seterusnya diintegrasikan dengan CRM dan juga sistem-sistem lain yang ada di dalam aplikasi.

Pelayakan Automatik Para Pelajar

Kepintaran buatan (AI) kini digunakan untuk melakukan saringan terhadap bakal pelajar (berdasarkan lokasi, kewarganegaraan, bahasa, peringkat pengajian dan/atau beberapa kriteria lain).

Maklum Balas 24/7 Dalam Pelbagai Bahasa

Meningkatkan kepuashatian pelajar dengan memberi respon dalam masa sebenar dengan menggunakan bot yang akan melakukan proses saringan terhadap pelajar dalam pelbagai bahasa, termasuk Inggeris, China, Vietnam, Portugis, dan Spanish.

Testimoni Pelanggan

What People Say

GrahamKendall-216x268

"Inilah antara langkah pertama kami dalam menuju proses digitalisasi. Dengan aplikasi ini, kami akan berupaya mencapai lebih banyak lapisan pelajar dan meluaskan lagi pengaruh UNM itu sendiri."

Profesor Graham Kendall
CEO dan Provost, Universiti Nottingham Malaysia
waratah125

"Platform IQAP yang terus disambungkan ke laman web dan Facebook Messenger kami menjadikan ia satu cara terbaik bagi bakal pelajar dan kaunselor pakar untuk kekal berhubung pada bila-bila masa."

Fernanda Soto
Ketua Bahagian Pemasaran & Pengambilan Pelajar, Institut Waratah
landmark3

"Platform IQAP ini melengkapi kerja para kaunselor pakar untuk bekerja dari rumah. Kami juga hanya perlu memadankan mereka setiap hari dengan pelajar-pelajar berkelayakan dengan bantuan Facebook Messenger dan bot."

Kumar Karki
CEO - Landmark Education
Testimoni Pelanggan

What People Say

GrahamKendall-216x268

"Inilah antara langkah pertama kami dalam menuju proses digitalisasi. Dengan aplikasi ini, kami akan berupaya mencapai lebih banyak lapisan pelajar dan meluaskan lagi pengaruh UNM itu sendiri."

Profesor Graham Kendall
CEO dan Provost, Universiti Nottingham Malaysia
waratah125

"Platform IQAP yang terus disambungkan ke laman web dan Facebook Messenger kami menjadikan ia satu cara terbaik bagi bakal pelajar dan kaunselor pakar untuk kekal berhubung pada bila-bila masa."

Fernanda Soto
Ketua Bahagian Pemasaran & Pengambilan Pelajar, Institut Waratah
landmark3

"Platform IQAP ini melengkapi kerja para kaunselor pakar untuk bekerja dari rumah. Kami juga hanya perlu memadankan mereka setiap hari dengan pelajar-pelajar berkelayakan dengan bantuan Facebook Messenger dan bot."

Kumar Karki
CEO - Landmark Education

START YOUR APPLICATION

Aplikasi   Mudah Alih

Aplikasi mudah alih ini adalah tersedia dalam iOS dan Android, dan juga dalam bentuk web aplikasi melalui sebuah pautan URL.
Aplikasi ini berfungsi 24/7, mengguna pakai banyak bahasa, dan sangat berkesan dalam melakukan saringan pelajar; ia takkan sesekali berhenti.
.

Memberi Respon Pantas

Bot akan melayan pertanyaan para pelajar dan akan menyaring mereka menggunakan perisian tujuh bahasa berbeza, pada bila-bila masa.

Memadan Pelajar

Pelajar akan dipadankan dengan kaunselor pakar yang paling sesuai mengikut faktor-faktor seperti kewarganegaraan, bahasa dan lokasi.

Memberi Sebut Harga

Memberi sebut harga kepada para pelajar dengan cara memaklumkan mereka tentang yuran-yuran merangkumi insurans kesihatan dan permohonan visa.

Memeriksa Kelayakan

Pelajar yang dijemput ke aplikasi ini akan diwajibkan mengisi soal selidik kelayakan, tidak terkecuali soalan-soalan biasa tentang sebab permohonan mereka.

Memudahkan Proses Pelayakan

Ia mengambil makluman diri bakal pelajar yang berkaitan sebelum ia dapat menyambungkan mereka dengan seorang pakar kaunselor yang bakal menyambung tugas khidmat nasihat seterusnya.

Menjalinkan Perhubungan

Apabila telah dihubungkan dengan seorang kaunselor pakar, para pelajar dapat menghantar mesej kepada mereka bila-bila masa, dan ini juga meliputi perhubungan melalui WhatsApp atau persidangan video.

Proses Permohonan

Ia menerima permohonan pelajar terus di aplikasi ini, dan terus memeriksa dokumen-dokumen yang dimuat naik oleh para pelajar dan dalam masa sama, membantu mereka melalui telefon pintar mereka.

Tawaran Berkaitan

Memadankan para pelajar dengan tawaran-tawaran alternatif daripada institusi pendidikan yang lain.

Benar, aplikasi demo!

Uji seketika aplikasi ini bersama  Universiti Springfield

Lihat sendiri bagaimana aplikasi ini berfungsi dan anda juga berpeluang untuk membincangkan pilihana-pilihan tempat pengajian dengan salah seorang kaunselor pakar kaunselor kami.

Anda boleh daftar masuk dengan mengguna akaun Apple, Google, Facebook atau pun emel enda. Lalui proses kelayakan sebagai seorang bakal pelajar antarabangsa dengan menjawab soalan-soalan aneka pilihan yang disediakan.

Anda juga boleh memohon sebut harga bagi kursus yang anda mahukan.

Jadi, mulakan permohonan anda. Muat naik dokumen serta lengkapkan proses pemeriksaan kualiti dan jawab soalan-soalan tentang sebab permohonan anda.

Muat turun aplikasi dan terus mulakan perjalanan ini.

reliable dashboard

Kawal sendiri bagaimana  permohonan di universiti anda dilakukan

Sebagai pengawal selia, pihak universiti akan memiliki antara muka tersendiri, justeru akan diberi akses melalui web untuk :

Universiti

Kawal selia proses pengambilan pelajar dengan menyasarkan bakal pelajar yang lebih berkebolehan.

Destinasi

Pihak bertanggungjawab di destinasi terpilih dapat meningkatkan promosi terhadap universiti, kolej dan sekolah yang ada di lokaliti tersebut. Ini peluang bagi sesebuah negara, atau negeri, atau daerah untuk menempatkan pelajar berkelayakan di tempat mereka.

Ejen

Membantu para pakar didik dengan bantuan aplikasi untuk terus bekerja di mana-mana sahaja supaya mereka dapat memberikan sesi khidmat nasihat bertaraf abad ke-21.

Mengenai Sofiri

“Kami sentiasa berfikir. Kami juga sentiasa bertindak. Kerana kami meyakini sepenuhnya kuasa secebis ilmu. Kami penuh percaya bahawa ilmu ialah kunci untuk anda mengubah nasib isi dunia, dan kami akan terus berdiri seiringan, berjuang dengan mereka yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai sebuah cita-cita dan matlamat yang telah lama mereka idamkan selama ini. – George Hernandez “.
– George Hernandez, CEO & Pengasas
Kami berhasrat untuk membantu penempatan pelajar di seluruh dunia melalui penggunaan teknologi dan kepakaran insaniah terkini. Platform ini akan membantu institusi pendidikan dan ejennya dalam menjadikan proses saringan bakal pelajar lebih telus dan berkesan agar mereka dapat terusdisambungkan kepada pakar kaunselor bagi perjalanan proses perbincangan dan permohonan selanjutnya. Kami bangga untuk menyediakan bakal pelajar dengan sebuah platform yang akan membantu mereka mencapai cita-cita. Sesungguhnya keberanian anda untuk merentas lautan dan benua demi menuntut ilmu adalah sumber inspirasi bagi kami. Kami amat menghargainya.