Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

Kami bekerja keras untuk membantu penempatan pelajar di seluruh

dunia melalui penggunaan teknologi dan kepakaran insaniah terkini.
Ambil Pelajar Mula Belajar SCROLL DOWN

Kami bekerja keras untuk membantu
penempatan pelajar di seluruh

dunia melalui penggunaan teknologi
dan kepakaran insaniah terkini.

Ambil Pelajar Mula Belajar SCROLL DOWN

Pengalaman Pelajar   Cemerlang Menyeluruh

Ketahui lebih lanjut mengenai kehidupan baharu bakal pelajar di Australia dan bagaimana ia menarik minat anda!

Pengetahuan
Bagaimana pelajar mendapat tahu mengenai pilihan tempat pengajian? Peranan komunikasi pemasaran penting di peringkat ini; inilah arena utamanya; para pelajar akan dikejari iklan pembelajaran yang bermacam-macam, sama ada dari syarikat pemasaran atau pun personaliti berpengaruh, mahupun dari dalam atau luar negara.
Perancangan
Proses membuat keputusan oleh bakal pelajar selalunya melibatkan tiga faktor: lokasi (negara, negeri dan tempat pengajian), institusi pendidikan (kualiti, ranking, harga dll.) dan kursus (peringkat ijazah, kebolehpasaran graduan, dll.)
Penilaian
Selain ranking, kebolehpasaran graduan dan pengaruh pihak berkepentingan (ibubapa, pendidik. rakan), laluan "kerjaya" juga perlu dijadikan sasaran, akan tetapi ia harus melibatkan pelbagai komponen lain seperti minat, kesesuaian diri, dan cita-cita pelajar.
Menunjukkan Minat
Di peringkat ini, pelajar sudah mula mencari lebih banyak informasi. Lebih banyak, lebih senang dia membuat pilihan tepat. IQAP akan melakukan saringan terhadap bakal pelajar dengan menggunakan bot mengikut bahasa yang telah ditentukan. IQAP juga berupaya memberi perkhidmatan 24/7 kepada pelajar dan dalam masa sama, menggunakan Pemprosesan Bahasa Biasa ketika masih dalam pencarian pakar kaunselor yang bersesuaian.
Khidmat Nasihat
Di peringkat penting inilah hubungan dua hala antara pelajar dengan individu berkaitan seperti kaunselor pakar, staf atau pun duta pelajar akan terjamin demi mencapai impak berbeza dan seterusnya, menentukan hala tuju pelajar yang seterusnya.
Memuktamadkan Keputusan
Selesai pelajar melalui sesi khidmat nasihat, komunikasi dan menerima penjelasan tentang pilihan pengajian, pelaksanaan CRM yang teratur akan memastikan pengurusan maklumat diri pelajar serta penyediaan maklumat pendaftaran mengenai kursus dan institusi pengajian yang akan diambil berada dalam tahap terbaik.
Permohonan
Inilah kemuncak bagi sebuah perjalanan yang sempurna. Di peringkat ini, permohonan secara dalam talian menjadi satu kemestian. Tiada lagi permohonan melalui borang kertas. Teknologi masa hadapan jelas terpapar di peringkat ini dengan adanya kepintaran mesin dan pengesahan dokumen.
Penilaian
Kebanyakan permohonan berpotensi untuk dihantar dalam keadaan tidak lengkap dan ketiadaan beberapa dokumen. Bagi memenuhi segala syarat-syarat kemasukan, di peringkat ini, staf akademik pun harus bersama melibatkan diri membantu untuk menilai kesempurnaan permohonan. Sudah pasti dengan cara ini, lebih banyak perhatian dapat diberikan kepada faktor-faktor yang dianggap penting dalam proses permohonan iaitu kewarganegaraan, syarat kemasukan dan juga permintaan terhadap kursus itu sendiri.
Kemasukan
Di peringkat ini, permohonan pelajar mungkin akan diterima atau ditolak. Jika terpilih, tawaran mungkin akan diberi dengan tanpa syarat, atau secara bersyarat, atau mungkin sudah dipakej dengan kursus-kursus lain. Surat tawaran akan menjadi dokumen penting kepada suatu kontrak yang diadakan antara pelajar itu dengan sesebuah institusi pendidikan.
Penerimaan Tawaran
Memang sudah dijangkakan yang para pelajar akan menerima lebih daripada satu surat tawaran, selalunya tiga. Seiring dengan sistem permohonan yang semakin mudah dan pantas, bilangan surat tawaran yang diterima mungkin semakin bertambah. Proses menerima tawaran ini melibatkan pembayaran yuran, termasuklah yuran pengajian dan insurans kesihatan. Kami telah bekerjasama dengan CohortGo untuk menjadikan perkara ini secara dalam talian.
Visa
Ini ialah peringkat di mana pelajar tidak seharusnya memohon secara seorang diri. Permohonan visa pelajar akan diuruskan oleh pihak kerajaan negara asal, dan ia sebenarnya adalah lebih baik. Sebabnya adalah apabila pelajar bergantung kepada pihak ketiga seperti pakar kaunselor untuk membuat visa mereka, dibimbangi permohonan tersebut akan ditolak.
Enrolmen
Ini ialah peringkat terakhir bagi perjalanan seorang bakal pelajar cemerlang. Ia juga sebenarnya satu permulaan baharu kepada pelajar untuk meneroka pengalaman-pengalaman menarik yang belum pernah dilalui sebelum ini, contohnya dalam aspek penginapan sehingga pengangkutan.
1
Geography 2
Geography 3
Geography 4
Geography 5
Geography 6
Geography 7
Geography 8
Geography
Geography
Geography
Geography
1
Trend Pemasaran Digital dalam Pengambilan Pelajar
Teknik pemasaran yang berkesan bukan sahaja menarik banyak perhatian pengunjung iklan, malah meningkatkan tahap kualiti bakal pemohon nanti. Kecuali di negara China, dua saluran utama untuk menarik pelajar secara digital adalah Google dan Facebook, ini termasuk pelbagai produk yang jenama tersebut gunakan.
2
4 Langkah Memilih Negara Terbaik Untuk Menyambung Pelajaran
Menentukan negara terbaik untuk menyambung pelajaran ialah tugas mencabar. Ada banyak yang perlu dipertimbangkan, daripada negara yang ada hubungan kekeluargaan dengan kita, sehingga negara yang telah menjadi idaman selama ini. Dengan ribuan universiti dan kolej bertaraf global, memikirkan tentang semua pilihan yang ada agak memeningkan.
3
Bagaimana Nak Cari 'Ikigai'?
Menentukan negara terbaik untuk menyambung pelajaran ialah tugas mencabar. Ada banyak yang perlu dipertimbangkan, daripada negara yang ada hubungan kekeluargaan dengan kita, sehingga negara yang telah menjadi idaman selama ini. Dengan ribuan universiti dan kolej bertaraf global, memikirkan tentang semua pilihan yang ada agak memeningkan.
1
Teknologi Bot Sofiri — menjamin pelajar berkualiti
Kami mahu anda tahu bahawa melalui teknologi ini, kami dapat mencari bakal-bakal pelajar yang dijamin berkualiti! Kami juga telah menyiapkan proses baharu yang akan memastikan hanya pelajar terbaik akan menjadi sebahagian daripada kami.
5
3 Langkah Terbaik Dalam Mengenal Pasti Pakar Didik (Kaunselor) Yang Anda Boleh Percayai
Membuat pilihan untuk belajar jauh dari rumah ialah satu pengorbanan besar yang anda akan lakukan. Oleh itu, apabila anda ingin mendapat nasihat tentang di mana tempat pengajian anda patut pergi, semestinya anda harus mencari sumber maklumat yang dipercayai. Ia boleh jadi daripada kaunselor pendidikan, kaunselor bimbingan, ejen kaunselor, atau pakar kaunselor sekalipun - seperti yang ada di Sofiri - kami juga mencari orang yang sama. Seseorang yang akan membimbing anda dalam proses memilih, memohon, menerima tawaran dan seterusnya mempelajari kursus-kursus pendidikan tinggi.
6
Integrasi Kaedah Pengambilan CRM Quacquarelli Symonds (QS) dengan IQAP
Pada tahun-tahun lepas, apabila Sofiri menjalinkan hubungan erat dengan QS Enrolments (QSES), pengasas kami membangunkan integrasi API daripada Iklan Utama Facebook bersama-sama elemen HTML khusus unuk kegunaan Kaedah Pengambilan CRM QS bagi klien-klien seperti Universiti Tasmania, Universiti Western Sydney dan Universiti Waikato.
7
Apakah "Genuine Temporary Entrant" (GTE) dan bagaimana ia berfungsi?
Genuine Temporary Entrant (GTE) ialah keperluan yang dikehendaki kerajaan Australia dalam membuat proses permohonan. Ia untuk memastikan yang anda benar-benar layak melanjutkan pelajaran secara sementara di luar negara anda bagi tujuan mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi.
8
Bagaimana Nak Tulis Surat Permohonan Kepada Institusi Pendidikan di Australia
Surat permohonan ialah dokumen ringkas yang dikehendaki oleh beberapa institusi pendidikan Australia sebagai sebahagian daripada proses permohonan. Tujuannya adalah untuk menjelaskan mengenai mengapa anda perlu ditawarkan sesuatu kursus yang anda mohon itu untuk rujukan kemudian bagi jabatan-jabatan yang berada di bawah Institusi Pendidikan berkaitan.
9
Surat Tawaran Bukan Penentu Segalanya
Untuk terus kekal berdaya saing, kami mengesyorkan tiga teknik pemasaran yang "mesti" dilakukan oleh institusi pendidikan : (1) Bertindak, dan bukannya menunggu semata-semata semasa fasa pasca pemberian surat tawaran. , (2) Jadikan tawaran tersebut sebagai kemuncak permohonan pelajar antarabangsa, bukan penamat. (3) Gerakkan jentera luar kampus dengan kewangan mencukupi untuk galakkan pemohon menerima tawaran.
10
OSHC — Insurans Kesihatan untuk Pelajar Antarabangsa di Australia
Melakukan pembelian insurans kesihatan untuk pelajar antarabangsa di Australia - atau lebih dikenali sebagai OSHC atau akronimnya dalam bahasa Inggeris (Overseas Student Health Cover) atau dalam bahasa Melayu (Bantuan Kesihatan Pelajar Luar Negara) - meliputi tempoh masa pembelajaran ialah keperluan mustahak sebelum mendapatkan visa.
11
Bagaimana Nak Dapatkan Visa Pelajar Australia.
Australia mempunyai sesuatu yang menarik: ia ialah sebuah negara pelbagai kaum dan merupakan antara negara yang paling ramah dan terisi dengan kepelbagaian di dunia. Tambahan, ia mempunyai universiti dan kolej bertaraf dunia untuk anda lanjutkan pelajaran.
12
Perkara Penting Dalam Mempertimbangkan Penginapan Pelajar Antarabangsa
Pilihan tempat penginapan semasa bercuti pun mampu beri kesan, apatah lagi semasa menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di negara asing. Mengkaji kawasan kediaman di sekitar universiti atau kolej adalah penting, terutamanya jika anda masih belum pernah ke tempat tersebut.

Apa Kata Mereka Tentang Sofiri

0

I would like to thank you all for the guidance, support and advice provided to successfully get admission and scholarship at the Western Sydney University and finally the visa. I am very impressed with the detail professional support provided by guiding each and every step of the admission and visa processing. The team is highly accessible in a 24/7 mode. I would strongly encourage and recommend other parents and students to use Sofiri Team for higher studies in Australia.

Samaya Shrestha
Nepal
1-1

"Sofiri telah membantu saya dalam memohon ijazah pascasiswazah di Perth. Mereka banyak membimbing saya melalui setiap proses, di samping memberikan sokongan yang sepatutnya. Ianya cukup mudah membuat permohonan daripada portal mereka. Anda juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan pakar-pakar kaunselor secara pantas dan dengan cara ini, banyak lagi permohonan sebenarnya dapat dilakukan. Saya amat mengesyorkan perkhidmatan ini kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di Australia! ".

Shanaëlle Inayatealy
Madagaskar
3

Para kaunselor begitu bersemangat untuk memberi sepenuh jiwa raga dalam memberi bantuan dan meyakinkan saya dalam membuat setiap keputusan. Sofiri semestinya saya syorkan kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di Australia.

Asaph Chien
Taiwan
4

Khidmatnya terbaik! Pakar didik saya telah banyak membantu dalam urusan pertukaran universiti. Saya dan beliau kekal berhubung sepanjang 8 bulan tempoh pertukaran pelajar tersebut. Beliau seorang yang baik hati kerana sanggup memabantu saya dari setiap proses ke proses, dan juga menjawab soalan-soalan daripada saya. Terima kasih...

Rajesh Kumar
India
1

Khidmat yang diberikan sangat berguna. Pakar didik saya, Jayson, menolong saya dalam menempuh semua proses walaupun hakikatnya, zon waktu kami sangat-sangat berbeza.

Louise Bishop
United Kingdom
6

Perkhidmatan yang amat memuaskan. Sofiri sangat prihatin terhadap semua perjalanan saya dari satu proses ke proses. Prosesnya berjalan pantas. Saya dapat visa selepas 5 minit membayarnya. Semua yang bekerja di situ ialah orang-orang yang hebat! 🙂 I lalui semua proses dengan Sofiri bersama pakar didik saya, Aitana, dan beliau sangat membantu. Beliau menjawab semua pertanyaan saya dan lebih menarik, mencarikan saya kerja di Sydney.

Paula Ussa
Colombia
7

Salah satu pasukan khidmat nasihat yang terbaik dan sangat memahami apa yang saya kehendaki. Sangat membantu!

Jemish Lakhani
India
2

Pakar didik saya telah menolong dalam memohon pemanjangan tempoh visa. Saya amat berterima kasih kepadanya. Proses itu berjalan dengan penuh lancar dan teratur. Komunikasi kami amat memberangsangkan. Dia amat berkebolehan dalam menjawab semua persoalan saya, walaupun kadang-kadang soalan itu nampak agak melucukan. Semasa pendaftaran, saya pernah berasa ragu-ragu untuk membayar yuran melalui Sofiri, namun pakar didik saya sentiasa memberikan saya keyakinan untuk meneruskannya. Kerana itu juga saya mengucapkan terima kasih.

Camilo Abella
Colombia
5

Inilah pilihan terbaik untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai visa anda di Australia!!! Saya 100% mengesyorkannya!!

Steven Mora
Sepanyol

IQAP: Platform dua hala menghubungkan bakal pelajar dengan pakar didik mereka.

Institusi  Pendidikan

MUAT TURUN
INSTITUSI PENDIDIKAN
+
KAUNSELOR
PENDAFTARAN
MUAT TURUN
INSTITUSI PENDIDIKAN
+
KAUNSELOR
PENDAFTARAN

Rakan  Kerjasama