JADIKAN PERTANYAAN SEBAGAI ASAS PERMOHONAN
Tingkatkan minat para bakal pelajar dengan institusi-institusi pendidikan yang terletak di destinasi anda dengan hanya menggunakan teknologi aplikasi; inilah cara perhubungan abad ke-21 dan penyelesaian yang selamat daripada ancaman COVID
Sofiri telah mendapat kepercayaan daripada
ABOUT IQAP
Berhubung dan lakukan pengambilan bakal pelajar antarabangsa yang berkelayakan menggunakan IQAP (Platform Pelayakan Terus Pemohon) kami, sebuah platform dua hala yang sesuai dengan anda.
Memberi Respon Pantas
58% daripada bakal pelajar lebih menyukai perbualan masa sebenar dengan pada semua peringkat dan proses komunikasi dengan sebuah institusi pendidikan; 73% peratus daripadanya untuk mengajukan pertanyaan. Bot yang dimiliki IQAP akan memberi maklum balas secara pantas, seterusnya mengekalkan kualiti interaksi bersama pelajar secara 24/7.
Ciri-ciri Asas
Saringan Bot
IQAP menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk melakukan saringan terhadap pelajar yang berkelayakan (berdasarkan lokasi, kewarganegaraan, bahasa, peringkat pengajian dan/atau kriteria lain).
IQAP akan memaklumkan dalam masa sebenar melalui WhatsApp, emel atau SMS kepada institusi pendidikan di destinasi anda yang paling sesuai untuk menjawab persoalan pelajar, membenarkan institusi pendidikan untuk terus memberi respon secara pantas melalui telefon pintar mereka.
Memadan Pelajar
Bakal pelajar akan dipadankan secara automatik melalui IQAP dengan kaunselor pakar yang disediakan oleh institusi pendidikan. Mereka juga dapat berhubung dengan staf ataupun duta pelajar di institusi pendidikan tersebut. Ciri bahasa dan kewarganegaraan dapat dipilih untuk menyenarai pendek penasihat yang paling sesuai dan selesa dengan bakal pelajar tersebut.
Apakah manfaat yang anda bakal terima?
Instant Qualified Applicant Platform (IQAP)
Capai lebih ramai pelajar
Kadar kesedaran mesej melalui emel hanya antara 15% hingga 25%. Pada masa sama, kadar kesedaran mesej melalui aplikasi perbualan pula setinggi 98%. Bayangkan hampir kesemua bakal pelajar berkelayakan dapat mendapat tahu mengenai apa yang anda tawarkan. Ini sudah cukup untuk membawa sejumlah penerimaan pelajar terhadap sesuatu tawaran berbanding jika kaedah emel digunakan.
Meningkatkan produktiviti
Tingkatkan produktiviti institusi pendidikan di destinasi anda. IQAP akan melakukan saringan terhadap bakal pelajar secara pantas di aplikasi-aplikasi permesejan untuk mengurangkan masa yang dibelanjakan oleh institusi pendidikan terhadap perbualan yang kurang produktif, sebaliknya membiarkan mereka fokus terhadap para pelajar yang telah pun disaring dan berkelayakan. Institusi pendidikan ini juga akan disediakan dengan sokongan yang diperlukan agar mereka dapat terus berhubung dengan bakal pelajar secara terus melalui telefon pintar mereka.
Guna jenama anda sendiri
Platform IQAP akan dihoskan melalui domain yang anda pilih sendiri seperti engage.destination.com. Ia juga boleh dipasang terus di akaun Facebook Messenger sedia ada atau di akaunnya yang baharu, seperti domain m.me/destinationbot. Semuanya ini tentang usaha anda untuk mendedahkan jenama kolej anda kepada bakal pelajar.
Mendapat sokongan padu
Latihan dan sokongan dalam talian kami dapat menjamin penggiat institusi pendidikan di destinasi anda dapat menggunakan platform IQAP sebaik mungkin. Pasukan Sofiri akan sentiasa memberi perkhidmatan kepada mereka untuk meningkatkan lagi produktiviti. Hasilnya, lebih banyak pengambilan pelajar dapat dilakukan. Terdapat juga pilihan yang ditawarkan kepada anda dalam bentuk bantuan kempen sokongan pemasaran kami untuk mencapai lebih banyak bakal pelajar demi menjana lebih banyak permohonan pelajar.
Rasai sendiri IQAP
See what IQAP looks like
Portal
Menggunakan Laman Web
Aplikasi
Google dan
Apple
- Dipelopori jenama destinasi sepenuhnya
- Cari pelajar di mana sahaja, bila-bila masa
- Menghubungkan institusi pendidikan dengan bakal pelajar dengan bantuan telefon pintar
- Sign up with Apple, Facebook or Google