Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

LAMAN WEB SOFIRI & TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN

Selamat datang ke laman web Sofiri (“Sofiri”, “kami”) yang beralamat di sofiri.com; sofiri.training; sofiri.expert (“Laman Web”) yang dimiliki dan dioperasikan oleh Sofiri Pty Ltd (ABN: 76 613 605 066). Pernyataan ini mengandungi terma dan syarat (“Terma Penggunaan”) yang diperuntukkan untuk anda (“anda” atau “Pengguna”) di mana anda boleh mengakses dan mengguna Laman Web (dan apa jua laman web lainnya, dimiliki atau dioperasikan oleh Sofiri, yang dipautkan ke laman ini), termasuklah menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Laman Web (atau oleh apa jua laman web lainnya, dimiliki atau dioperasikan oleh Sofiri, yang dipautkan ke laman ini) (“Perkhidmatan”).

Terma Penggunaan

Terma Penggunaan ini terpakai kepada Laman Web, laman-laman web yang berkaitan, aplikasi, komunikasi, dan Perkhidmatan yang disediakan atau apa-apa yang berkaitannya dengannya. Terma Penggunaan ini terpakai kepada semua pengguna Laman Web, sama ada telah berdaftar atau pun belum berdaftar.

Terma Penggunaan ini akan mewujudkan perjanjian secara undang-undang yang mengikat anda dengan Sofiri.

Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web ini, termasuklah sebaranh Perkhidmatan yang ditawarkannya, anda bersetuju untuk menjadi tertakluk kepada Terma Penggunaan ini tanpa apa-apa pengecualian/

Jikalau anda tidak bersetuju untuk menjadi tertakluk kepada Terma Penggunaan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini dan Perkhidmatan yang ditawarkannya.

Sofiri mempunyai hak penuh untuk mengubah Terma Penggunaan yang berkait dengan Laman Web ini atau dengan mana-mana Perkhidmatan Sofiri yang digunakan oleh anda. Sebarang perubahan akan dikuatkuasakan setelah diberi pemakluman, sama ada melalui hantaran daripada Sofiri di Laman Web ini, atau melalui emel, atau apa-apa cara yang munasabah. Jikalau suatu perubahan itu dimaklumkan melalui hantaran di Laman Web ini, ia dikira sebagai mula berkuat kuasa pada masa ia dihantar; jikalau ia dimaklumkan melalui hantaran emel, ia dikira sebagai mula berkuat kuasa pada masa emel itu dihantar; dan jikalau ia dimaklumkan dalam apa-apa cara yang munasabah, ia dikira sebagai mula berkuat kuasa apabila notis dalam cara berkenaan dihantar atau ditanda tangan atau melalui pihak Sofiri itu sendiri. Penggunaan anda di Laman Wen ini selepas pemakluman perubahan tersebut dibuat adalah dikira persetujuan anda terhadap perubahan tersebut. Anda bersetuju bahawa pemakluman perubahan kepada Terma Penggunaan di Laman Web ini, sama ada dihantar di Laman Web, emel, atau apa-apa cara munasabah adalah dalam cara yang bersesuaian dan mencukupi tempohnya.

1. Penggunaan Laman Web

Anda tidak boleh gunakan Laman Web ini (a) untuk tujuan komersial atau untuk mendapatkan manfaat kewangan tanpa sebarang izin bertulis terlebih dahulu; (b) untuk menghantar surat berantai, mesej remeh, “spam”, komunikasi bagi perniagaan, atau apa-apa bentuk komunikasi berskala besar; (c) untuk mengiklankan sebuah syarikat, produk, atau perkhidmatan bagi mana-mana badan pendidikan kecuali bagi mereka yang telah menandatangani perjanjian pengiklanan dengan kami; (d) dalam cara yang mungkin menyebabkan sistem komputer dan/atau rangkaian komunikasi orang lain menjadi terganggu, rosak atau menjadi kurang berkesan; (e) untuk mendapatkan sebarang maklumat peribadi daripada “Pengguna” (yang dimaksudkan dengan “ahli-ahli” dan “pelawat-pelawat”) di bawah umur 18 tahun ke bawah atau daripada sesiapa sahaja jika maklumat yang dikumpulkan tersebut dilakukan dalam cara yang tidak benar dan tidak telus; untuk mendapatkan kata laluan atau sebarang maklumat identiti diri bagi tujuan komersial atau perbuatan menyalahi undang-undang; atau (h) untuk mengganggu, mengugut atau menakutkan mana-mana pengguna.

Anda tidak sepatutnya memuat naik, menghantar, memberi emel atau apa-apa yang berkaitan untuk menyalurkan sebarang bahan perisian yang dicipta untuk mengganggu, melumpuhkan atau mengehadkan fungsi-fungsi bagi mana-mana bahagian komputer atau perkakasan atau alat komunikasi yang berkaitan dengan Laman Web ini, termasuklah menyalurkan sebarang bentuk perisian virus atau apa-apa kod komputer, fail atau programnya.

Anda boleh mencetak dan memuat turun bahan-bahan dan maklumat-maklumat daripada Laman Web ini hanya untuk tujuan peribadi dan bukan komersial sahaja, atau sehingga mana-mana bidang yang telah diberikan kebenaran oleh Sofiri secara bertulis kepada anda, jika ia digunakan dalam bentuk salinan keras atau “hardcopy” dan terisi sebarang hak cipta dan sebarang pernyataan berkaitan yang mengandungi hak cipat tersebut, atau untuk kegunaan menjalankan perniagaan dengan Sofiri, atau dengan mana-mana pakar didik yang mempunyai kontrak dengan Sofiri (“Pakar Didik”), atau dengan mana-mana institusi pendidikan di Australia yang berkaitan dengan Sofiri (“Institusi Pendidikan”).

Anda tidak boleh mengarkib, memuat turun, menghasil semula, mengedar, mengubah, mempamer, mempersembah, menerbit, melesen, menyadur, menjual, atau mengguna (kecuali seperti yang telah jelas dibenarkan dalam Terma Penggunaan ini) sebarang konteks atau maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini.

Anda juga tidak boleh: mengelak, memadam, mengubah, menyahaktif, merosak atau melumpuh mana-mana perlindungan kandungan Laman Web ini; mengguna sebarang robot, lelabah, pengikis elektronik atau apa-apa peralatan dengan tujuan untuk mengakses Laman Web; membuka semula atau melakukan kejuruteraan terbalik pada mana-mana perisian atau sebarang produk atau proses yang dapat diakses melalui Laman Web; memasuk apa-apa kod atau membuat atau memanipulasi mana-mana kandungan di dalam Laman Web dalam apa cara sekalipun; atau, mengguna teknik pelombongan data, pengumpulan data, atau pengambilan data.

Sebagai syarat tambahan penggunaan Laman Web, anda berjanji kepada Sofiri bahawa anda tidak akan menggunakan Laman Web ini untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang, dilarang oleh mana-mana peraturan yang sedang dikuatkuasakan atau apa-apa yang bersifat tidak selari dengan Terma Penggunaan ini.

Aplikasi Daripada Pihak Ketiga

Anda mungkin menemui aplikasi-aplikasi daripada pihak ketiga (ini termasuklah laman-laman web, widget, perisian-perisian, atau apa-apa kemudahan perisian) (“Aplikasi”) yang berhubung dengan Laman Web atau Perkhidmatan yang ditawarkannya. Penggunaan anda terhadap Aplikasi-aplikasi ini akan tertakluk kepada terma penggunaan dan lesen terma yang dimiliki oleh pihak ketiga.

Polisi Privasi

Sebarang maklumat yang anda masukkan di Sofiri, atau yang telah dikumpulkan oleh Sofiri melalui Laman Web ini, adalah tertakluk kepada Polisi Privasi kami, sebuah peraturan yang mana turut termasuk dalam Terma Penggunaan di bawah. Sila lihat Polisi Privasi Sofiri untuk memahami bagaimana kami melakukan proses pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Penerimaan anda terhadap Terma Penggunaan ini menunjukkan persetujuan anda terhadap kerja pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi yang dilakukan oleh Sofiri seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

2. Keperluan Pendaftaran bagi Menerima Perkhidmatan

Sesetengah bahagian dalam Laman Web ini memerlukan anda untuk melakukan pendaftaran. Anda mesti mendaftar terlebih dahulu dalam Laman Web ini agar anda dapat menikmati semua Perkhidmatan yang ditawarkan.

Individu Di Bawah Umur 18 Tahun

Anda mestilah berumur 18 tahun, atau berada pada umur majoriti di negeri, wilayah atau negara anda, untuk dibenarkan mendaftar sebagai pengguna Laman Web ini dan menerima sebarang Perkhidmatan. Individu bawah umur tidak dibenarkan untuk menggunakan Laman Web ini atau menerima sebarang Perkhidmatan tanpa pengawasan daripada orang dewasa.

Jikalau anda berumur di bawah 18 tahun dan berkeinginan untuk mendaftar, anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa dan kebenaran tersebut mestilah diemelkan ke info@sofiri.com – kegagalan berbuat tindakan akan menyebabkan proses pendaftaran akaun pengguna anda ditamatkan. info@sofiri.com Jikalau anda berumur di bawah 18 tahun dan berkeinginan untuk mendaftar, anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa dan kebenaran tersebut mestilah diemelkan ke info@sofiri.com – kegagalan berbuat tindakan akan menyebabkan proses pendaftaran akaun pengguna anda ditamatkan.

Pengguna yang telah berdaftar di Laman Web ini sewaktu berumur bawah 18 tahun, apabila telah mencapai umur 18 tahun, mestilah memberi persetujuan semula kepada pendaftarannya di Laman Web ini dalam tempoh 7 hari selepas mencapai umur 18 tahun – kegagalan berbuat tindakan akan menyebabkan proses pendaftaran akaun pengguna anda ditamatkan.

Pengguna Berdaftar

Apabila anda mendaftar, kami menganggap bahawa anda memberi maklumat-maklumat yang lengkap, tepat, sahih dan terkini.

Anda bersetuju untuk: (a) memberi maklumat tepat, terkini dan lengkap tentang diri anda kepada mana-mana borang pendaftaran yang akan diberikan dalam Laman Web (“Maklumat Pendaftaran”); (b) menjaga keselamatan kata laluan anda dan mengambil tanggungjawab kepada semua aktiviti yang berlaku di semasa penggunaan kata laluan anda; (c) menjaga dan sentiasa mengemas kini Maklumat Pendaftaran, dan apa jua maklumat yang anda telah berikan kepada Sofiri, dan sentiasa kekal memastikan ia tepat, terkini dan lengkap, dan (d) menerima semua risiko dan akses tanpa kebenaran dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Maklumat Pendaftaran atau apa jua maklumat yang anda telah berikan kepada Sofiri; (e) mengguna perkhidmatan dengan cara yang profesional; dan (f) mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan. Kegagalan anda untuk mematuhi mana-mana pernyataan ini akan menyebabkan keahilan anda digantung atau ditamatkan.

Dalam mengakses Laman Web atau mengguna Perkhidmatan di Laman Web ini, anda bersetuju untuk tidak: (a) menghantar atau memuat naik apa-apapun yang mengandungi virus, ulat elektronik atau apa-apa kod yang membahayakan; (b) mencuba membuat kejuruteraan terbalik terhadap sebarang perkhidmatan dalam usaha untuk mendapatkan kod asal; (c) melanggar hak-hak harta intelek mana-mana pihak; (d) membuat identiti palsu; (e) memberi maklumat yang anda tidak dibenarkan untuk memberinya. Kegagalan anda untuk mematuhi mana-mana pernyataan ini akan menyebabkan keahilan anda digantung atau ditamatkan, dan mungkin menerima tindakan selanjutnya yang dirasakan munasabah oleh budi bicara mutlak kami.

Anda harus log keluar daripada akaun yang didaftarkan pada setiap kali sesi penggunaan anda berakhir di Laman Web ini.

3. Penggunaan Perkhidmatan

Anda bersetuju bahawa permohonan, penggunaan dan penerimaan Perkhidmatan anda adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut.

Anda:

  • Berjanji bahawa semua maklumat daripada borang permohonan yang anda serahkan adalah benar dan lengkap kesemuanya.
  • Membenarkan Sofiri dan institusi pendidikan yang bekerjasama dengannya untuk mendapatkan rekod rasmi daripada institusi pendidikan yang pernah anda duduki sebelum ini
  • Membenarkan Sofiri dan institusi pendidikan yang bekerjasama dengannya untuk merujuk permohonan anda kepada badan penilaian risiko yang dijalankan pihak ketiga
  • Bersetuju bahawa institusi pendidikan berkenaan mempunyai hak untuk mengubah sebarang keputusan berkaitan kemasukan dan sesi pembelajaran anda disebabkan oleh maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap, sama ada ia diberikan oleh anda atau sebaliknya
  • Bersetuju bahawa sesi pembelajaran anda dengan institusi pendidikan yang bekerjasama dengan Sofiri memerlukan anda untuk mematuhi segala peraturan yang sedang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Australia bagi pelajar-pelajar antarabangsa, yang mana peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:
    • kemasukan sementara ke Australia, setelah dibenarkan, hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
    • pelajar adalah dibenarkan untuk menyambung pengajian mereka di Australia sekiranya mereka menunjukkan pencapaian yang memuaskan dalam kursus yang diikuti.
    • pelajar mestilah pulang ke negara asal mereka setelah tamat pengajian atau setelah tamat tempoh pas masuk sementara
    • pelajar mesti membayar yuran pengajian seperti yang dinyatakan, dan kegagalan mereka menjelaskannya akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan untuk melanjutkan tempoh keberadaan di Australia bagi menyambung sesi pengajian kursus yang belum dijelaskan yuran tersebut.
  • Bersetuju bahawa Sofiri dapat mengumpul maklumat daripada anda bagi tujuan:
    • memenuhi kewajipan kami di bawah Akta Perkhidmatan Pendidikan Kepada Pelajar Luar Negara 2000, Peraturan Perkhidmatan Pendidikan Kepada Pelajar Luar Negara 2001, dan Kod Amalan Kebangsaan bagi Badan Pendaftaran dan Institusi Pendidikan dan Latihan Kepada Pelajar Luar Negara 2018
    • memastikan pelajar memenuhi semua syarat visa dan semua peraturan yang terkandung dalam undang-undang imigresen Australia.

4. Had Liabiliti

Sofiri tidak menawarkan sebarang waranti bagi penggunaan Laman Web atau apa-apa kandungannya. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab terhadap tindakan anda selama berada di Laman Web. Sofiri tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dibuat ke atas anda. Apabila Sofiri dipertanggungjawabkan terhadap tindakan anda di Laman Web ini, anda haruslah bersetuju untuk memberi pernyataan sokongan dan jaminan kepada pihak yang tidak bersalah dalam syarikat Sofiri, pakar didik mereka, institusi pendidikan yang berkaitan dengan mereka, semua individu lain yang berkaitan dengan mereka termasuklah ejen, pengarah, pegawai, wakil, kontraktor, penasihat, bekas menjawat tugas, bakal menjawat tugas, dan petugas, dalam menghadapi segala bentuk tuntutan, prosiding, saman, kehilangan, pemotongan kos dan pembayaran (termasuklah yuran guaman dan perbelanjaan litigasi). Sofiri juga berhak, dengan segala perbelanjaan diuruskan mereka, untuk menyelesaikan sendiri hal-hal yang telah disebutkan. Dalam hal ini, anda tidak boleh terlibat dalam proses ini sehingga mendapat kebenaran bertulis daripada Sofiri. Anda perlu bersetuju untuk memberi sepenuh kerjasama yang dikira munasabah kepada pasukan Sofiri dalam menghadapi sebarang tuntutan.

5. Indemniti

Anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab terhadap tindakan anda selama berada di Laman Web. Sofiri tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dibuat ke atas anda. Apabila Sofiri dipertanggungjawabkan terhadap tindakan anda di Laman Web ini, anda haruslah bersetuju untuk memberi pernyataan sokongan dan jaminan kepada pihak yang tidak bersalah dalam syarikat Sofiri, pakar didik mereka, institusi pendidikan yang berkaitan dengan mereka, semua individu lain yang berkaitan dengan mereka termasuklah ejen, pengarah, pegawai, wakil, kontraktor, penasihat, bekas menjawat tugas, bakal menjawat tugas, dan petugas, dalam menghadapi segala bentuk tuntutan, prosiding, saman, kehilangan, pemotongan kos dan pembayaran (termasuklah yuran guaman dan perbelanjaan litigasi). Sofiri juga berhak, dengan segala perbelanjaan diuruskan mereka, untuk menyelesaikan sendiri hal-hal yang telah disebutkan. Dalam hal ini, anda tidak boleh terlibat dalam proses ini sehingga mendapat kebenaran bertulis daripada Sofiri. Anda perlu bersetuju untuk memberi sepenuh kerjasama yang dikira munasabah kepada pasukan Sofiri dalam menghadapi sebarang tuntutan.

6. Waranti

Laman Web yang disediakan oleh Sofiri ini secara jelasnya, tidak akan memberikan sebarang waranti, dalam apa jua bentuk, sehingga yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Anda memahami dan bersetuju bahawa Sofiri tidak menjamin ketepatan, kerelevanan atau kesempurnaan mana-mana maklumat yang disediakan di Laman Web ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau kecuaian hasil daripada maklumat yang anda dapati melalui Laman Web ini.

Anda menanggung risiko sendiri semasa menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan yang ditawarkannya. Tiada pendapat atau kenyataan, sama ada secara lisan atau bertulis, yang didapati oleh anda daripada Laman Web ini berupaya dijadikan sebab untuk menuntut waranti yang tidak pernah dijelaskan dalam mana-mana polisi kami.

Sofiri tidak berjanji bahawa Laman Web ini akan memenuhi keperluan anda, atau berjanji bahawa akses anda ke Laman Web ini akan bersifat pantas, selamat dan bebas daripada sebarang kesilapan. Kami juga tidak menawarkan waranti bagi apa-apa kesan yang anda terima setelah menggunakan Laman Web ini.

7. Hak Harta Intelek

Semua bahan yang terkandung di dalam Sofiri, melainkan dinyatakan, adalah dilindungi oleh undang-undang termasuklah oleh undang-undang tanda dagangan dan hak cipta Australia, begitu juga oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasakan di peringkat negeri, negara dan anatarabangsa. Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, Sofiri tidak memberikan sebarang haknya kepada anda dalam apa cara sekalipun. Hak cipta dan hak harta lain-lain di dalam Laman Web ini, mungkin dimiliki oleh individu dan/atau badan selain daripada Sofiri sendiri. Membuang atau mengubah pernyataan hak cipta pada sebarang bahan di Laman Wen ini adalah dilarang sama sekali. Sofiri mempunyai hak cipta dalam Laman Web ini sebagai pemilik kerja secara kolektif, dan sebagai pemilih, penyelaras, penyusun dan penambah baik sebarang kandungan di dalam Laman Web ini.

Nama Sofiri, logo Sofiri, dan tanda dagangan lain seperti istilah, logo istilah dan ikon yang memberi identiti kepada Sofiri atau apa-apa produk dan perkhidmatannya adalah dikira sebagai harta intelek mereka. Ia didaftarkan dan telah disahkan mengikut undang-undang tanda dagangan bagi pihak Sofiri dan badan-badan di bawahnya. Ia tidak boleh disalin, ditiru atau diguna, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Sofiri.

Tanda dagangan lain termasuklah tanda dagangan yang telah didaftar, nama-nama produk, nama-nama syarikat dan logo-logo mereka, seperti yang telah dinyatakan dalam Laman Web ini adalah dimiliki oleh pemilik hak masing-masing. Menyebut sebarang produk, servis, proses atau apa-apa maklumat yang didapati daripada nama dagangan, tanda dagangan, pengilang, pembekal atau yang berkaitan dengannya adalah tidak dimaksudkan sebagai sokongan, tajaan, atau saranan oleh pihak Sofiri.

Anda bersetuju untuk tidak melanggar sebarang hak harta intelek yang dimiliki orang lain, atau membocorkan apa-apa maklumat yang anda dilarang untuk membocorkannya.

8. Pengecualian

Kegagalan untuk mematuhi standard perlakuan yang baik di dalam Terma Penggunaan ini atau untuk melakukan apa-apa tindakan yang sewajarnya berdasarkan Terma Penggunaan ini tidak akan dikira sebagai suatu pengecualian melainkan ia dianggap sebagai pengecualian oleh pihak yang memberinya secara bertulis. Tiada pengecualian bagi apa-apa hak atau penyelesaian di dalam Terma Penggunaan ini akan dianggap sebagai pengecualian bagi mana-mana hak atau penyelesaian yang lainnya pada satu-satu masa.

9. Pemindahan Hak

Kami boleh melakukan pemindahan hak dan kewajipan seperti yang terkandung di dalam Terma Penggunaan ini dan setelah pemindah tersebut, kami akan tidak lagi terikat dengan apa-apa kewajipan seterusnya di bawah Terma Penggunaan ini. Anda pula tidak dibenarkan untuk memindahkan hak dan kewajipan anda seperti yang terkandung di dalam Terma Penggunaan ini.

10. Kuasa Undang-undang

Terma Penggunaan ini adalah di bawah budi bicara undang-undang bagi negeri New South Wales, Australia. Semua pihak adalah terikat dengan kuasa undang-undang tidak eksklusif yang dimiliki oleh mahkamah-mahkamah New South Wales, tanpa sebarang alasan atau pengecualian sekali pun. Kepada mahkamah inilah sebarang tuntutan atau bantahan harus dikemukakan. Laman Web ini dikawal dan dioperasikan oleh Sofiri daripada pejabatnya yang berada di Australia. Sofiri tidak membuat sebarang jaminan bahawa segala kandungan yang ada di

Laman Web ini adalah sesuai dan tersedia untuk kegunaan di lokasi-lokasi lain serata dunia, dan akses ke Laman Web ini daripada sesetengah lokasi-lokasi lain juga berkemungkinan tidak dapat dilakukan kerana telah disekat oleh pihak berkuasa. Mereka yang memilih untuk mengakses 

Laman Web ini daripada lokasi-lokasi lain perlulah sedar bahawa mereka perlu menerima sebarang risiko dan tanggungjawab yang akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang tempatan mereka.

11. Polisi Privasi dan Kuki

Polisi privasi kami menerangkan tentang bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda. Penjelasan berikut ialah ringkasan tentang polisi privasi kami – anda boleh lihat versi penuh dan lebih mendalam mengenai polisi ini dan penggunaan kuki di pautan-pautan berikut: https://www.sofiri.com/privasi https://www.sofiri.com/kuki

Apa maklumat anda yang kami kumpulkan?

Kami mengumpul maklumat anda semasa anda mendaftar dan menggunakan sebarang Perkhidmatan ditawarkan. Kami juga mengumpul maklumat daripada anda apabila anda secara sukarela mengisi soal selidik pelanggan, memberi ulasan, dan memasuki apa-apa pertandingan. Maklumat penggunaan Laman Web pula dikumpul menggunakan kuki.

Bagaimana kami akan mengguna pakai maklumat anda?

Kami mengumpul maklumat mengenai anda untuk memberikan Perkhidmatan sewajarnya, menguruskan akaun anda, dan jika ada setuju, memberikan anda hantaran melalui emel tentang produk dan perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda.

Kami menggunakan maklumat anda yang dikumpul daripada Laman Web untuk memberi sentuhan khusus kepada lawatan anda ke Laman Web ini di masa akan datang. Jika anda bersetuju, kami akan menghantar maklumat peribadi anda kepada para pakar didik supaya mereka dapat menawarkan Perkhidmatan kepada anda, atau kepada institusi pendidikan yang berkaitan untuk menguruskan hal ehwal Perkhidmatan kepada anda. Anda mestilah menerima dan bersetuju yang jika anda tidak dapat mempersetujui tindakan Sofiri dalam berkongsi maklumat peribadi anda kepada pakar didik atau institusi pendidikan, anda berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk mendapat sebarang Perkhidmatan kami.

Sofiri tidak akan berkongsi maklumat anda dengan syarikat luar untuk tujuan pemasaran, melainkan syarikat tersebut berada di bawah Sofiri sahaja.

Dalam memberikan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menghantar maklumat peribadi anda secara lengkap ke agensi penarafan kredit dan agensi pencegahan penipuan.

Marketing

Kami akan menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami serta mengenai syarikat-syarikat lain dalam Sofiri yang mungkin menarik minat anda. Jikalau ada telah menyatakan persetujuan terhadap penerimaan maklumat pemasaran, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa. Anda berhak untuk menolak sebarang komunikasi yang datang daripada kami bagi tujuan pemasaran. Anda juga berhak menghalang kami daripada berkongsi maklumat anda kepada syarikat-syarikat lain dalam Sofiri. Jikalau anda tidak lagi berminat untuk dihubungi bagi tujuan pemasaran, sila klik di sini.

Akses ke maklumat anda

You have the right to request a copy of the information that we hold about you. If you would like a copy of some or all of your personal information, please email or write to us at the following address. We may make a small charge for this service. Kami ingin memastikan yang maklumat peribadi anda adalah lengkap dan dikemas kini. Anda boleh memohon dengan kami untuk memperbetul mana-mana informasi yang anda rasakan tidak tepat.

Kuki

Kuki merupakan sebuah fail teks yang akan disimpan dalam komputer anda untuk mengumpul maklumat mengenai maklumat log internet dan maklumat perilaku penjung laman web anda. Maklumat-maklumat ini akan digunakan bagi tujuan penjejakan pengunjung di Laman Web ini dan menghasilkan laporan statistikal bagi aktiviti laman web.

Untuk maklumat lanjut, layari www.aboutcookies.org or www.allaboutcookies.org.

Anda boleh tetapkan pelayar internet anda untuk tidak menerima pakai kuki. Pautan-pautan di atas juga akan mengajar anda bagaimana untuk membuang kuki daripada pelayar anda. Namun demikian dalam sesetengah kes, beberapa ciri dalam Laman Web ini mungkin kehilangan fungsinya.

Laman Web Lain

Laman Web kami mempunyai pautan-pautan ke laman web lain. Polisi privasi dan polisi kuki kami hanya terpakai di dalam Laman Web ini sahaja, jadi apabila anda dihantar ke laman web lain daripada pautan tersebut, anda patut fahami polisi privasi mereka.

Perubahan Polisi Privasi dan Kuki

Kami sentiasa meneliti polisi privasi dan polisi kuki kami dari semasa ke semasa dan kami akan memaklumkan apa-apa pengemaskinian melalui pautan-pautan di atas.

Bagaimana Nak Hubungi Kami

Sila hubungi kami jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi privasi atau polisi kuki kami, atau mengenai maklumat anda yang kami simpan.
Untuk kegunaan semua urusan, versi bahasa Inggeris bagi terma dan syarat untuk laman web dan perkhidmatan Sofiri akan dijadikan sebagai sumber rujukan asal dalam mentadbir hal ehwal dan persefahaman antara pihak-pihak berkepentingan. Dalam apa-apa konflik antara versi bahasa Inggeris dengan terjemahannya dalam apa-apa bahasa, termasuk bahasa Melayu, versi bahasa Inggeris yang akan terpakai.