Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

POLISI KUKI

Polisi privasi ini menggariskan mengenai langkah bagaimana Sofiri Pty Ltd mengguna dan memelihara sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami semasa dalam tempoh penggunaan laman web ini.Sofiri Pty Ltd adalah komited untuk memastikan privasi anda terpelihara. Kami akan bertanyakan dahulu kepada anda jika dibenarkan untuk kami memperoleh maklumat-maklumat berkaitan penggunaan laman web oleh anda, dan dengan cara itu, anda boleh meyakini bahawa penggunaan tersebut adalah selaras dengan pernyataan polisi kami.Sofiri Pty Ltd boleh mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Anda juga patut memeriksa halaman ini dari semasa ke semasa untuk memastikan yang anda telah maklum dan berpuas hati dengan sebarang perubahan. Polisi ini seperti yang anda dapat lihat telah mula berkuat kuasa pada tarikh 01/01/2020.

Keselamatan

Kami amat komited untuk memastikan yang maklumat anda adalah sentiasa selamat. Bagi mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran atau pendedahan maklumat terjadi, kami akan menyimpannya dalam tempat fizikal yang sesuai. Prosedur pengurusan dan prosedur elektronik akan digunakan dalam memelihara dan menjaga semua maklumat yang kami kumpulkan secara dalam talian.

Bagaimana kami gunakan kuki

Kuki merupakan sebuah fail kecil yang akan meminta keizinan anda untuk diletakkan dalam pemacu keras komputer. Setelah anda mengizinkannya, barulah fail tersebut akan dipindahkan. Kuki akan membantu dalam analisis trafik web dan membolehkan laman-laman web untuk memastikan yang ia adalah anda pada bila-bila masa anda mengunjungi laman web tersebut. Kuki akan sentiasa mengingati kehendak anda, apa yang sukai atau tidak sukai dengan mengumpul seberapa banyak informasi tentang minat anda.Kami mengguna log trafik kuki untuk mengenal pasti halaman manakah yang sering digunakan dan halaman yang jarang digunakan. Ini membantu kami untuk menganalisis data tentang trafik web di laman web ini bagi menambah baiknya mengikut keperluan pengunjung maya. Kami hanya menggunakan maklumat daripada kuki bagi tujuan analisis statistikal sahaja dan kemudian, data tersebut akan dipadam daripada sistem.Secara keseluruhan, kuki membantu kami untuk memberikan anda sebuah laman web lebih baik, dengan memberikan kami kebenaran untuk mengenal pasti halaman mana yang lebih berguna. Sebuah kuki tidak akan pernah mendapat akses ke dalam isi komputer anda atau sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya, melainkan terhadap data yang anda sendiri pilih untuk dikongsikan kepada kami. Anda semestinya dapat memilih sama ada ingin menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, namun anda boleh menentukan tetapan pelayar tersebut untuk menolak kuki jika anda mahu. Namun, ini akan mengelakkan anda daripada menerima manfaat penuh apabila mengunjungi sesebuah laman web.

Pautan ke laman web lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang berkaitan. Bagaimanapun, apabila anda memasuki pautan tersebut daripada laman web ini, kami terus terang menyatakan bahawa pihak kami sudah tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap isi pautan tersebut. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap perlindungan dan keselamatan sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawat pautan berkenaan. Jika laman itu tidak mempunyai sebarang kenyataan privasi, anda seharusnya mengamalkan langkah berwaspada. Jika anda percaya bahawa maklumat anda yang kami simpan adalah tidak benar mahupun tidak lengkap, sila laporkan kepada kami sepantas yang mungkin. Kami akan memperbetulkan mana-mana maklumat yang didapati tidak tepat.

Laporan dan Pertanyaan Mengenai Polisi Kuki

Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau laporan,tentang polisi privasi kami, sila hubungi kami disini Suite 1, Level 4, 107 Phillip Street Parramatta, NSW 2150 Australia