Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

WELCOME TO SOFIRI

Di mana impian ilmumu  menjadi kenyataan

Tidak kiralah ianya universiti, atau kolej vokasional atau sekadar kursus Bahasa Inggeris, semuanya akan menjadi satu permulaan baharu bagi bakal pelajar cemerlang yang datang daripada seluruh dunia. Sofiri ialah jenama diyakini untuk membantu golongan ini mencapai impian dan cita-cita mereka.

We work with

Pakar Didik

Persons proficient in more than 30 languages, located in more than 15 countries who have undergone a rigorous vetting process to ensure they meet mandatory requirements, which guarantees that aspiring students will have a highly satisfactory counselling and application process.students achieve their plans to study internationally.

we supports aspiring

International students

Sofiri menyokong penuh hasrat pelajar-pelajar dari serata dunia untuk mencapai impian dan cita-cita pendidikan mereka, begitu juga membantu institusi pendidikan, ejen khidmat nasihat dan kaunselor untuk kekal berhubung dengan kepakaran teknologi canggih lagi terkini. Ia pantas dan mudah. Dengan sentuhan nilai kemanusiaan serta kemahiran insaniah, ia akan membantu lagi bakal pelajar cemerlang untuk mencapai cita-cita mereka dalam menyambung pelajaran di peringkat antarabangsa.
our software is enabling

Institusi Pendidikan

Tambahan, perisian khusus yang kami miliki juga membolehkan institusi pendidikan dan ejennya untuk melakukan permesejan secara automatik dan profesional kepada ribuan pertanyaan dan permohonan yang diterima setiap hari daripada laman web dan aplikasi kami di seluruh dunia. Dengan hanya menggunakan teknologi bot, ia dapat memastikan proses maklum balas dan pengurusan para pemohon dapat dilakukan dengan baik dan teratur. Hal ini supaya para pakar kaunselor kami dapat menumpu sepenuh perhatian kepada apa yang ingin mereka lakukan: menawarkan khidmat nasihat berkualiti.

Kami sentiasa berfikir

Kami sentiasa berfikir. Kami juga sentiasa bertindak. Kerana kami meyakini sepenuhnya kuasa secebis ilmu.

Pengasas kami dan para ahli pasukannya, pernah menjadi seorang pelajar antarabangsa suatu ketika dahulu. Detik ini telah mengubah hidup mereka dengan begitu mendadak. Pengalaman tersebut mendewasakan mereka, tidak kira dalam bidang ilmu pengetahuan ataupun dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Sofiri App and IQAP

Kami penuh percaya bahawa ilmu ialah kunci untuk anda mengubah nasib isi dunia, dan kami akan terus berdiri seiringan, berjuang dengan mereka yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai sebuah cita-cita dan matlamat yang telah lama mereka idamkan selama ini. Aplikasi Sofiri, perisian IQAP dan para pakar didik kami merupakan aset-aset berharga yang kami pertaruhkan untuk membantu pelajar di luar sana mencapai matlamat pendidikan mereka dengan mudah dan pantas.

WE PROVIDE SUPPORT​

Who We are

Ditubuhkan di negara Australia pada Januari 2016, Sofiri menghubungkan bakal pelajar cemerlang dengan pakar profesional yang akan membimbing mereka meneroka peluang-peluang pendidikan yang disediakan di negara-negara khusus serata dunia.

Kami menyediakan bantuan serta sokongan daripada peringkat terawal (memilih kursus dan institusi pendidikan yang sesuai) sehinggalah peringkat permohonan visa, dan jika perlu, proses mencari tempat penginapan dan proses orientasi pelajar antarabangsa.

Sofiri ialah cara termudah untuk anda mengakses informasi mengenai bagaimana anda dapat melanjutkan pendidikan tinggi di negara ini. Tidak perlu lagi untuk pergi ke pejabat-pejabat atau sebagainya. Para pakar kami setia menunggu di sini.

Platform IQAP kami juga akan membantu institusi pendidikan dan ejennya dalam menjadikan proses saringan bakal pelajar lebih telus dan berkesan agar mereka dapat terusdisambungkan kepada pakar kaunselor bagi perjalanan proses perbincangan dan permohonan selanjutnya.

WHO WE ARE

Meet our team