Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

POLISI PRIVASI

Sofiri Pty Ltd adalah komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti untuk anda. Polisi ini menggariskan kewajipan-kewajipan kami kepada anda dalam menguruskan Data Peribadi anda.Kami telah mengguna pakai Dasar Privasi Australia (NPP) seperti terkandung dalam Akta Privasi 1988 (Akta Privasi Australia). NPP akan berperanan menentukan bagaimana kami akan mengumpul, mengguna, mendedah, menyimpan, memelihara dan melupuskan Data Peribadi anda.A copy of the Sofiri Privacy Principles may be obtained from the website of The Office of the Federal Privacy Commissioner at https://www.oaic.gov.au.

Apakah Data Perbadi dan apakah sebab kami mengumpulkannya?

Data peribadi ialah maklumat atau sebarang pendapat yang dimiliki oleh seseorang individu. Contoh bagi Data Peribadi yang kami kumpul termasuklah: nama, alamat, emel, nombor telefon, dan lokasi keberadaan. Data Peribadi ini didapatkan melalui pelbagai cara seperti borang digital, emel, melalui laman web www.sofiri.com, aplikasi-aplikasi yang tersedia di dalam Google Store atau Apple Store atau pun mana-mana pihak ketiga. Kami tidak menjamin pula sebarang pautan laman web atau polisi yang dimiliki mana-mana pihak ketiga yang terlibat dalam proses ini. Kami mengumpul Data Peribadi bagi tujuan utamanya iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda selaku pelanggan dan sasaran pemasaran. Kami juga berkemungkinan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lainnya yang anda perlu tahu tujuan-tujuan tersebut amatlah berkaitan dengan tujuan utama Data Peribadi anda digunakan. Untuk hal ini, anda mungkin boleh memberhentikan langganan daripada permesejan atau senarai sasaran pemasaran kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami dalam bentuk bertulis. Apabila kami mengumpul Data Peribadi anda, kami akan dengan sepatutnya dan sebolehnya, menjelaskan kepada anda mengapa kami mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan dan seterusnya, menerangkan bagaimana kami merancang untuk menggunakannya.

Maklumat Sensitif

Maklumat sensitif seperti yang dimaksudkan dalam Akta Privasi Australia adalah merangkumi sebarang informasi atau pendapat mengenai perkara-perkara berkaitan asal-usul etnik dan kaum seseorang, pendirian politiknya, keahlian pertubuhan politiknya, kepercayaan agama dan falsafahnya, keahlian kesatuan pekerjanya atau dalam mana-mana badan profesional yang diikutinya, rekod jenayahnya atau maklumat kesihatannya. Maklumat sensitif hanya akan digunakan oleh kami apabila :
  • Ingin mencapai matlamat dan tujuan utama mengapa ia dikumpul
  • Ingin mencapai tujuan-tujuan lain yang berkait rapat dengan tujuan utama tersebut.
  • diberikan keizinan oleh anda, di mana patut, berdasarkan yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Pihak Ketiga

Apabila ianya sesuai dan praktikal bagi kami, kami akan mengumpul Data Peribadi anda melalui anda sahaja. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan kami mungkin akan dibekalkan dengan maklumat berkenaan daripada mana-mana pihak ketiga. Dalam kes sebegini, kami akan mengambil langkah sepatutnya dalam memastikan yang anda maklum bahawa maklumat tersebut telah dibekalkan kepada kami melalui pihak ketiga.

Pendedahan Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi anda berkemungkinan didedahkan dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:
  • Digunakan oleh mana-mana pihak ketiga apabila anda telah memberikan keizinan kepada mereka untuk mendedahkannya; dan
  • Apabila diperlukan atau diperuntukkan sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.

Keselamatan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi anda akan disimpan dengan cara yang kami rasakan dapat memeliharanya daripada sebarang penyalahgunaan atau kehilangan disebabkan oleh sebarang kejadian seperti akses tanpa kebenaran, pengubahan atau pendedahan. Apabila maklumat peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan yang mana ia perlu dikumpulkan, kami akan mengambil langkah sepatutnya untuk melupuskannya buat selama-lamanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan maklumat peribadi masih akan disimpan dalam fail pelanggan yang biasanya akan terus dijaga dalam tempoh minimum 7 tahun.

Akses ke Maklumat Peribadi

Anda boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan dan boleh mengemas kini dan/atau memperbetulkannya, bergantung kepada beberapa syarat. Jikalau anda berhasrat untuk memohon kebenaran mendapat akses kepada maklumat peribadi anda, sila hubungi kami dalam bentuk bertulis. Sofiri Pty Ltd tidak akan mengenakan sebarang yuran kepada permohonan akses berkenaan, namun kami berkemungkinan mengenakan suatu bayaran pengurusan bagi tujuan memberikan salinan maklumat peribadi kepada anda. Dalam melindungi maklumat peribadi tersebut, kami boleh menyuruh anda untuk mengesahkan dahulu identiti sebelum maklumat peribadi berkenaan diberikan kepada anda.

Menjaga Kualiti Maklumat Peribadi

Amat penting bagi kami untuk memastikan maklumat peribadi anda sentiasa dikemas kini. Kami akan mengambil langkah sepatutnya untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkemas kini. Jikalau anda mendapati informasi tersebut, seperti yang kami simpan, adalah tidak terkemas kini atau tidak tepat, sila laporkan kepada kami secepat yang mungkin supaya kami dapat mengemas kini rekod tersebut berdasarkan permohonan akses anda, seterusnya memastikan kami dapat menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada anda.

Pengemaskinian Polisi

Polisi ini mungkin akan mengalami pengemaskinian dari semasa ke semasa. Ia akan sentiasa tersedia di dalam laman web kami.

Laporan dan Pertanyaan Mengenai Polisi Privasi

Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau laporan,tentang polisi privasi kami, sila hubungi di sini. Suite 1, Level 4, 107 Phillip Street Parramatta, NSW 2150 Australia