Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

JADIKAN PERTANYAAN SEBAGAI ASAS PERMOHONAN

Adakah anda mempunyai pasukan kaunselor yang sedia bekerja dari rumah?  Adakah anda ingin menumpukan fokus kerja mereka terhadap pelajar-pelajar berkelayakan sahaja supaya mereka dapat ditarik menjadi bakal pelajar dengan pantas dan mudah?

Terdapat beribu aplikasi yang tersedia bagi peranti Android yang dapat melakukan fungsi komunikasi melalui media sosial dan perkhidmatan mesej segera. Mencari para bakal pelajar di semua aplikasi ini (seperti di Facebook, WhatsApp, WeChat, dan banyak lagi) akan mengambil masa yang agak lama. Anda tidak boleh dapat mencakupi semua platform dalam satu masa, bukan? Jadi, Sofiri telah mewujudkan sebuah platform komunikasi dua hala yang dipanggil sebagai IQAP (Platform Pelayakan Terus Pemohon) yang mengguna bot dan bahasa biasa dijana oleh AI agar para kaunselor pakar dapat terus memberi khidmat nasihat kepada mereka yang telah melalui proses saringan oleh IQAP. Sofiri menggunakan teknologi ini sejak dua tahun lalu dan berjaya mengambil pelajar-pelajar daripada seluruh dunia.

Sofiri telah mendapat  kepercayaan daripada

ABOUT IQAP

Di dunia yang serba pantas ini, kita juga telah menghasilkan sebuah aplikasi  yang dapat merespon terus pertanyaan bakal pelajar pada bila-bila masa.

IQAP boleh digunakan sebagai aplikasi yang tersedia di iOS dan Android, atau sebagai aplikasi web yang tersedia melalui pautan URL. Aplikasi ini berfungsi 24/7, mempunyai kemampuan dalam beberapa bahasa, dan sangat berkesan dalam membuat saringan terhadap para pelajar; ia sentiasa dapat membantu anda.

Memberi Respon Pantas

58% daripada bakal pelajar lebih menyukai perbualan masa sebenar dengan pada semua peringkat dan proses komunikasi dengan sebuah institusi pendidikan; 73% peratus daripadanya untuk mengajukan pertanyaan. Bot yang dimiliki IQAP akan memberi maklum balas secara pantas, seterusnya mengekalkan kualiti interaksi bersama pelajar secara 24/7.

Ciri-ciri Asas

IQAP membolehkan khidmat nasihat disediakan berdasarkan institusi pendidikan yang dipilih oleh para pelajar. IQAP membolehkan proses sebut harga dilakukan menggunakan nilai matawang antarabangsa yang terkini, dalam satu klik. IQAP membantu bakal pelajar dengan menyediakan panduan yang mesra Gen-Z dalam proses muat naik dokumen diperlukan bagi permohonan sesuatu kursus, begitu juga untuk melengkapkan surat permohonan. IQAP menawarkan peringatan dan notifikasi yang diautomasikan melalui penggunaan WhatsApp, Facebook Messenger, emel atau SMS, seterusnya menggalakkan para bakal pelajar untuk menerima tawaran daripada institusi pendidikan yang mereka hendakkan. Jangan risau, IQAP menyediakan proses muat naik dokumen yang selamat.
 

Saringan Bot

IQAP menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk melakukan saringan terhadap pelajar yang berkelayakan (berdasarkan lokasi, kewarganegaraan, bahasa, peringkat pengajian dan/atau kriteria lain).

IQAP akan memaklumkan dalam masa sebenar melalui WhatsApp, emel atau SMS kepada institusi pendidikan di destinasi anda yang paling sesuai untuk menjawab persoalan pelajar, membenarkan institusi pendidikan untuk terus memberi respon secara pantas melalui telefon pintar mereka.

Memadan Pelajar

Bakal pelajar akan dipadankan secara automatik melalui IQAP dengan kaunselor pakar yang disediakan oleh institusi pendidikan. Mereka juga dapat berhubung dengan staf ataupun duta pelajar di institusi pendidikan tersebut. Ciri bahasa dan kewarganegaraan dapat dipilih untuk menyenarai pendek penasihat yang paling sesuai dan selesa dengan bakal pelajar tersebut.

Pengalaman Pelajar Cemerlang Menyeluruh

Perjalanan Digital Bakal  Pelajar Cemerlang

Ketahui lebih lanjut mengenai kehidupan baharu bakal pelajar dan bagaimana ia menarik minat anda!
Pemasaran Digital

Menjana Permintaan

Pengetahuan

Bagaimana pelajar mendapat tahu mengenai pilihan tempat pengajian? Peranan komunikasi pemasaran penting di peringkat ini; inilah arena utamanya; para pelajar akan dikejari iklan pembelajaran yang bermacam-macam, sama ada dari syarikat pemasaran atau pun personaliti berpengaruh.
1
Pemasaran Digital

Menjana Permintaan

Saringan Bot

Dengan kepintaran buatan

Menunjukkan Minat

Di peringkat ini, pelajar sudah mula mencari lebih banyak informasi. Lebih banyak, lebih senang dia membuat pilihan tepat. IQAP akan melakukan saringan terhadap bakal pelajar dengan menggunakan bot mengikut bahasa yang telah ditentukan. IQAP juga berupaya memberi perkhidmatan 24/7 kepada pelajar dan dalam masa sama, menggunakan Pemprosesan Bahasa Biasa ketika masih dalam pencarian pakar kaunselor yang bersesuaian.
Geography 2
Saringan Bot

Dengan kepintaran buatan

Hubungan Dua Hala

Permohonan melalui web atau aplikasi

Khidmat Nasihat

Di peringkat penting inilah hubungan dua hala antara pelajar dengan individu berkaitan seperti kaunselor pakar, staf atau pun duta pelajar akan terjamin demi mencapai impak positif dan seterusnya, menentukan hala tuju pelajar yang cemerlang.
Geography 3
Hubungan Dua Hala

Permohonan melalui web atau aplikasi

Kebolehan CRM

Integrasi dengan CRM anda

Memuktamadkan Keputusan

Selesai pelajar melalui sesi khidmat nasihat, komunikasi dan menerima penjelasan tentang pilihan pengajian, pelaksanaan CRM yang teratur akan memastikan pengurusan maklumat diri pelajar serta penyediaan maklumat pendaftaran mengenai kursus dan institusi pengajian yang akan diambil berada dalam tahap terbaik.
Geography 4
Kebolehan CRM

Integrasi dengan CRM anda

SOP dan GTE

Mengambil pelajar berkualiti

Permohonan

Inilah kemuncak bagi sebuah perjalanan yang sempurna. Di peringkat ini, permohonan secara dalam talian menjadi satu kemestian. Tiada lagi permohonan melalui borang kertas. Teknologi masa hadapan jelas terpapar di peringkat ini dengan adanya kepintaran mesin dan pengesahan dokumen.
Geography 5
SOP dan GTE

Mengambil pelajar berkualiti

Pemberian Tawaran

Tawaran bersyarat secara automatik

Pengambilan

Di peringkat ini, pelajar sudah mula mencari lebih banyak informasi. Lebih banyak, lebih senang dia membuat pilihan tepat. IQAP akan melakukan saringan terhadap bakal pelajar dengan menggunakan bot mengikut bahasa yang telah ditentukan. IQAP juga berupaya memberi perkhidmatan 24/7 kepada pelajar dan dalam masa sama, menggunakan Pemprosesan Bahasa Biasa ketika masih dalam pencarian pakar kaunselor yang bersesuaian.
Geography 6
Pemberian Tawaran

Tawaran bersyarat secara automatik

Hubungan Dua Hala

Menghubungkan bakal pelajar dengan duta pelajar

Penerimaan Tawaran

Memang sudah dijangkakan yang para pelajar akan menerima lebih daripada satu surat tawaran, selalunya tiga, dan seiring dengan sistem permohonan yang semakin mudah dan pantas, bilangan surat tawaran diterima mungkin bertambah. Penggunaan teknik hubungan dua hala dengan duta pelajar juga membantu dalam menarik minat bakal pelajar untuk menerima tawaran tersebut.
Geography 7
Hubungan Dua Hala

Menghubungkan bakal pelajar dengan duta pelajar

Penjejakan Menyeluruh

Visualisasi setiap laluan

Enrolmen

Ini ialah peringkat terakhir bagi perjalanan seorang bakal pelajar cemerlang. Ia juga sebenarnya satu permulaan baharu kepada pelajar untuk meneroka pengalaman-pengalaman menarik yang belum pernah dilalui sebelum ini, contohnya dalam aspek penginapan sehingga pengangkutan. Anda boleh jejaki setiap perkembangan mereka dengan IQAP.
Geography 8
Penjejakan Menyeluruh

Visualisasi setiap laluan

Apakah manfaat yang anda bakal terima?

Instant Qualified Applicant Platform (IQAP)

IQAP membolehkan institusi pendidikan seperti anda untuk melakukan permesejan secara automatik dan profesional kepada ribuan permohonan dan pertanyaan yang diterima setiap hari. Pertanyaan-pertanyaan yang diberikan sudah tentu akan dijawab terus secara pantas, disaring dan seterusnya diagihkan kepada institusi oendidikan yang paling sesuai agar dapat dinaik taraf menjadi sebuah permohonan kemasukan.

Capai lebih ramai pelajar

Kadar kesedaran mesej melalui emel hanya antara 15% hingga 25%. Pada masa sama, kadar kesedaran mesej melalui aplikasi perbualan pula setinggi 98%. Bayangkan hampir kesemua bakal pelajar berkelayakan dapat mendapat tahu mengenai apa yang anda tawarkan. Ini sudah cukup untuk membawa sejumlah penerimaan pelajar terhadap sesuatu tawaran berbanding jika kaedah emel digunakan.

Meningkatkan produktiviti

Tingkatkan produktiviti institusi pendidikan di destinasi anda. IQAP akan melakukan saringan terhadap bakal pelajar secara pantas di aplikasi-aplikasi permesejan untuk mengurangkan masa yang dibelanjakan oleh institusi pendidikan terhadap perbualan yang kurang produktif, sebaliknya membiarkan mereka fokus terhadap para pelajar yang telah pun disaring dan berkelayakan. Institusi pendidikan ini juga akan disediakan dengan sokongan yang diperlukan agar mereka dapat terus berhubung dengan bakal pelajar secara terus melalui telefon pintar mereka.

Guna jenama anda sendiri

Platform IQAP akan dihoskan melalui domain yang anda pilih sendiri seperti engage.destination.com. Ia juga boleh dipasang terus di akaun Facebook Messenger sedia ada atau di akaunnya yang baharu, seperti domain m.me/destinationbot. Semuanya ini tentang usaha anda untuk mendedahkan jenama kolej anda kepada bakal pelajar.

Mendapat sokongan padu

Latihan dan sokongan dalam talian kami dapat menjamin penggiat institusi pendidikan di destinasi anda dapat menggunakan platform IQAP sebaik mungkin. Pasukan Sofiri akan sentiasa memberi perkhidmatan kepada mereka untuk meningkatkan lagi produktiviti. Hasilnya, lebih banyak pengambilan pelajar dapat dilakukan. Terdapat juga pilihan yang ditawarkan kepada anda dalam bentuk bantuan kempen sokongan pemasaran kami untuk mencapai lebih banyak bakal pelajar demi menjana lebih banyak permohonan pelajar.

Rasai sendiri IQAP

Rasai bagaimana IQAP berfungsi  untuk sesebuah agensi dan ejen

See for yourself what IQAP is like for a destination promoter

Portal

Menggunakan Laman Web

Semua institusi pendidikan berkaitan dimasukkan dalam laman web anda
Dihoskan Amazon
Akses dibuka untuk pelajar, kaunselor pakar dan pentadbir laman web
Daftar masuk dengan Facebook atau Google

Aplikasi

Google dan
Apple

Facebook

Bot Permesejan

Saringan Bot
Tersedia dalam tujuh bahasa
Diguna oleh 1 billion telefon pintar seluruh dunia
Maklum balas automatik
landmark3

"Platform IQAP ini melengkapi kerja para kaunselor pakar untuk bekerja dari rumah. Kami juga hanya perlu memadankan mereka setiap hari dengan pelajar-pelajar berkelayakan dengan bantuan Facebook Messenger dan bot."

Kumar Karki
Landmark Education
landmark3

"Platform IQAP ini melengkapi kerja para kaunselor pakar untuk bekerja dari rumah. Kami juga hanya perlu memadankan mereka setiap hari dengan pelajar-pelajar berkelayakan dengan bantuan Facebook Messenger dan bot."

Kumar Karki
Landmark Education

Pilihan-pilihan

Pelan Harga  Lesen Penggunaan

Pelan harga IQAP membantu anda memilih peringkat kesesuaian dan perhubungan yang dimahukan. Menggunakan bot dalam Facebook, anda akan mendapat akses ke Wit.AI NLP dan ke aplikasi iOS serta Android yang bakal membantu dalam mengurangkan kos pemasaran anda.

Asas

Untuk mereka yang mahu mencuba dahulu

Portal anda berada di Sofiri.com
Diberi kod untuk diletakkan di laman anda sendiiri
Diberi ciri pemakluman melalui emel
Dalam Bahasa Inggeris sahaja
Bot untuk Facebook Messenger
Diberi ciri pemakluman melalui Whatsapp

Profesional

Untuk mereka yang mahukannya dalam aplikasi iOS dan Android

Aplikasi khusus bagi iOS dan Android
Portal anda berada di domain anda sendiri*
Diberi ciri pemakluman melalui emel
Diberi kod untuk diletakkan di laman anda sendiiri
Tersedia dalam lima bahasa
Bot untuk Facebook Messenger

Perniagaan

Untuk mereka yang mahukannya dalam bentuk Bot Facebook

Bot untuk Facebook Messenger
Diberi ciri pemakluman melalui emel, WhatsApp dan SMS
Aplikasi khusus bagi iOS dan Android
Diberi kod untuk diletakkan di laman anda sendiiri
Tersedia dalam lima bahasa
Portal anda berada di domain anda sendiri*

Gunakan untuk agensi anda

Ingin tahu lebih lanjut mengenai IQAP oleh Sofiri dan bagaimana ia mampu membantu agensi mengambil pelajar dengan lebih mudah dan pantas?