Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

PENGHAKMILIKAN SOFIRI DAN INFORMASI SUMBANGAN

Penghakmilikan Sofiri dan Informasi Sumbangan

Sofiri Pty Ltd ialah sebuah syarikat Berhad yang berdaftar dan tertakluk di bawah undang-undang Australia. Kami beroperasi dengan nombor pendaftaran perniagaan Australia ABN 76 613 605 066. Syarikat ini diasaskan oleh George Hernandez (kini CEO dan Pengasas Sofiri). Ditubuhkan pada Januari 2016 di negara Australia, Sofiri menghubungkan bakal pelajar cemerlang dengan pakar profesional yang akan membimbing mereka meneroka peluang-peluang pendidikan yang disediakan di negara-negara khusus serata dunia. Kami menyediakan bantuan serta sokongan daripada peringkat terawal (memilih kursus dan institusi pendidikan yang sesuai) sehinggalah peringkat permohonan visa, dan jika perlu, proses mencari tempat penginapan dan proses orientasi pelajar antarabangsa. Pengasas kami dan para ahli pasukannya, pernah menjadi seorang pelajar antarabangsa suatu ketika dahulu. Detik ini telah mengubah hidup mereka dengan begitu mendadak. Pengalaman tersebut mendewasakan mereka, tidak kira dalam bidang ilmu pengetahuan ataupun dalam bidang pekerjaan masing-masing. Kami penuh percaya bahawa ilmu ialah kunci untuk mengubah nasib isi dunia, dan kami akan terus berdiri seiringan, berjuang dengan mereka yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai sebuah cita-cita dan matlamat yang telah lama mereka idamkan selama ini.

Sumbangan

Syarikat ini mendapat sumbangan melalui modal yang disediakan oleh para pengasas perniagaan ini, dan juga melalui pelaburan daripada pihak-pohak ketiga. CDT (Badan Amanah Budi Bicara Cumberland) mewakili ahli-ahli yang melakukan sumbangan awal pembangunan dan penajaan.