Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

POLISI MEDIA SOSIAL

Versi 1.0

Mula dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2018 Polisi ini memberikan panduan kepada pemegang taruh Sofiri (Staf Sofiri, Institusi Pendidikan dan Pelajar) untuk menggunakan media sosial bagi tujuan-tujan yang berkaitan dengan Sofiri itu sendiri. Mereka perlu memahami dengan jelas bahawa polisi ini merangkumi aplikasi permesejan, blog, wiki, blog mikro, forum dalam talian, akhbar dan newsletter elektronik, serta pelbagai lagi jenis laman dan perkhidmatan yang membenarkan penggunannya untuk berkongsi sebarang maklumat dengan pengguna-pengguna lain dalam sistem yang moden dan kontemporari.

Dasar-dasar berikut mestilah diikuti untuk tujuan penggunaan media sosial (profesional) bagi pihak Sofiri dan juga tujuan penggunaan media sosial (peribadi) bagi pihak lain, termasuk Sofiri, apabila merujuk kepada Sofiri.

  • Pemegang taruh harus sedar tentang akibat daripada tindakannya di media sosial kepada imej mereka nanti, begitu juga kepada imej Sofiri sebagai sebuah syarikat. Maklumat-maklumat yang berkaitan apa yang akan dipaparkan atau diterbitkan oleh pemegang taruh di media sosial mungkin berlegar di khalayak ramai untuk masa yang lama.
  • Pemegang taruh juga harus sedar bahawa Sofiri boleh meninjau kandungan dan maklumat yang diterbitkan oleh pemegang taruh melalui media sosial. Pemegang taruh harus menggunakan sepenuhnya dahulu penilaian diri yang mereka ada sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial supaya ia tidak dikategorikan sebagai melampau, mendatangkan kemudaratan kepada Sofiri, kepada pemegang taruh lain, atau kepada para pelanggannya.
  • Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun terhadap beberapa contoh tindakan terlarang di media sosial yang boleh kami nyatakan seperti membuat komen, kandungan, atau gambar yang bersifat menghina, lucah, melampau, mengganggu-gugat atau yang mana-mana yang mampu mencetuskan keadaan kerja yang tidak baik.
  • Pemegang taruh tidak boleh menerbit, menghantar, atau menyediakan sebarang makluman yang dianggap dan dikira sebagai sulit. Jikalau ada persoalan mengenai perkara-perkara yang dianggap sulit, para pemegang taruh seharusnya memeriksa terlebih dahulu dengan Sofiri.
  • Kadang-kadang rangkaian media sosial, blog, mahupun jenis-jenis laman dalam talian akan menerbitkan kenyataan atau menimbulkan perhatian media mengenai Sofiri. Para pemegang taruh adalah dinasihatkan untuk memberikan sepenuhnya urusan ini kepada jurucakap Sofiri dalam menyelesaikannya.
  • Jika mana-mana pemegang taruh terlibat dalam suatu situasi di media sosial, yang mungkin akan menjadi lebih buruk jika diteruskan, mereka dinasihatkan untuk tidak meneruskan sebarang tindakan dengan dialog tersebut secara lemah-lembut dan jika perlu, dapatkan bantuan daripada individu yang bertugas secara rasmi di Sofiri.
  • Para pemegang taruh seharusnya mendapatkan keizinan sebelum menghantar atau merujuk kepada sesuatu gambar yang berkaitan dengan mana-mana pemegang taruh lain, mahupun staf Sofiri dan yang berkaitan dengannya, sama ada masih atau telah tidak lagi berkenaan dengan Sofiri.
  • Aktiviti di media sosial tidak sepatutnya menghalang apa-apa tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap pemegang taruh terhadap Sofiri.