POLISI ETIKA
Mengenai polisi & tujuannya
Polisi etika kerja profesional kami bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada para staf kami tentang panduan dan etika bisnes yang kami miliki. Kami percaya bahawa mereka akan menjalankan tugas dengan baik, namun kami tetap mahu menyokong mereka dengan suatu panduan yang jelas, boleh digunakan sekiranya berada dalam keadaan yang memaksa mereka untuk menangguhkan tindakan yang sewajarnya (seperti dalam kes pertembungan konflik). Kami juga akan menggunakan polisi ini untuk memberi tahu kesan-kesan akibat menyalahi kod etika perniagaan kami.Skop
Polisi ini terpakai kepada semua individu yang bekerja dengan kami, termasuk yang mempunyai talian perniagaan dengan kami. Antara lain, individu-individu yang tertakluk dengan polisi ini adalah staf, intern, sukarelawan, pemilik perniagaan, pelanggan perusahaan dan syarikat-syarikat besar.Elemen polisi
Apakah tujuan kod etika profesional disediakan?
Pertamanya, etika profesional didefiniskan sebagai dasar-dasar yang memberi panduan kepada tindak laku orang ramai dalam konteks dunia perniagaan. Dasar-dasar ini amat mustahak dalam memastikan sesuatu tempat kerja itu mempunyai persekitaran yang baik dan positif. Jadi apakah kod etika? Kod etika kami didefinisikan sebagai sebuah standard yang akan digunakan dalam tetapan yang amat khusus – dalam kes ini, organisasi kami sendiri.Apakah tujuan kod etika profesional disediakan?
Mempunyai etika perniagaan secara bertulis tidak bermaksud kami tidak mempercayai staf kami. Namun, lebih daripada itu, kami telah pun berusaha untuk mendapatkan individu-individu dengan nilai etika tinggi pada peringkat awal pencarian tenaga kerja. Bagi kami, kod etika profesional bertindak sebagai watak pembantu dan bukanlah watak utama. Watak utama di sini ialah nilai positif yang staf kami miliki. Anda pun tahu bahawa kadang-kadang, ada masanya bila anda sendiri tidak tahu apakah tindakan tepat yang harus dilakukan. Pilihan yang betul dan salah dalam kehidupan sebenar bukan senang untuk dikenal pasti. Di sini etika profesional harus main peranan. Ada juga sesetengah etika profesional yang memerlukan anda untuk mengetahui asas undang-undang sebelum anda melaksanakan tugasan tersebut. Tambahan, setiap organisasi tidak terlepas daripada memiliki staf yang kadang-kadang memiliki sikap yang tidak baik. Kami juga tidak mampu menjangka bagaimana sesetengah orang, mungkin dalam kalangan staf kami, akan bertindak di masa hadapan. Jadi, apabila mereka ini bertindak, atau pun berniat untuk melakukan tindakan yang menyalahi etika profesional atau undang-undang, kami sudah mempunyai panduan jelas tentang apakah tindakan disiplin yang harus dikenakan. Kerana itulah, kami menyarankan anda untuk membaca semua dokumen etika profesional kami terlebih dahulu dan jika perlu, meminta pandangan serta khidmat nasihat daripada pengurus anda andai ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan.Komponen bagi kod etika profesional kami :
Komponen bagi kod etika profesional kami : Maklumat Peribadi anda berkemungkinan didedahkan dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:- Hormat-menghormati. Layan orang lain sepertimana kita nak orang lain layan kita sebegitu rupa.
- Telus dan jujur. Sentiasa berkata benar dan elakkan daripada melakukan sebarang penyalahgunaan kuasa.
- Adil. Pastikan anda bersikap adil dan tidak menekan orang lain.
- Patuh undang-undang. Pelajari dan ikuti peraturan setiap masa.
- Daya saing dan tanggungjawab. Bekerja keras dan sentiasa bertanggungjawab dengan kerja yang dilakukan.
- Kerja sepasukan. Bekerjasama dan menolong satu sama lain.