Sofiri – IQAP – Peer to Peer Student Recruitment and Admissions Platform

Polisi Komisen Sofiri

Versi 1.0

Mula dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2018 Polisi ini menerangkan proses dan peraturan berkenaan komisen bagi kontraktor-kontraktor Sofiri.

1. Kadar Komisen

  • Kadar komisen telah dipaparkan di seksyen Pakar dalam intranet Sofiri dan mungkin kadarnya berbeza mengikut setiap institusi pendidikan dan kursus yang ditawarkan. Institusi Pendidikan boleh mengubah nilai yuran kejayaan yang dibayar kepada Sofiri pada bila-bila masa. Oleh itu, Sofiri mempunyai hak untuk membuat perubahan tanpa persetujuan yang lain terhadap polisi ini apabila diperlukan. Tarikh perubahan tersebut akan dipaparkan sejelasnya di dalam intranet.
  • Komisen dikira berdasarkan kadar komisen yang dipaparkan dalam permohonan sah untuk komisen seperti yang diterima oleh satu-satu kontraktor.
  • Kadar komisen adalah dikecualikan GST Australia dan sebarang cukai berkaitan, termasuklah cukai daripada negara-negara lain merangkumi barang dan perkhidmatan.
  • Kadar komisen adalah berbeza mengikut institusi pendidikan dan kursus yang ditawarkan; antara 3% hingga 15%. Maklumat lanjut mengenainya dipaparkan dalam platform Sofiri terhadap pakar didik yang telah disahkan.

2. Pembayaran Komisen

  • Komisen akan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja setelah yuran kejayaan dihantar oleh institusi pendidikan kepada Sofiri.
  • Apabila institusi pendidikan tidak membayar yuran kejayaan kepada Sofiri, tiada komisen yang akan diberikan kepada kontraktor walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
  • Jika suatu institusi pendidikan mengurangkan yuran kejayaan yang dibayar kepada Sofiri kerana sebarang sebab (seperti berlaku pertindihan tugas antara dua ejen), Sofiri akan menggunakan nilai yuran kejayaan yang dikurangkan tersebut untuk menghitung komisen kontraktor.
  • Setelah komisen dibayar, Sofiri akan memaklumkan kepada kontraktor dan akan menyediakan RCTI (Invois Cukai kepada Penerima) yang menjelaskan tentang perkhidmatannya yang mana akan dibayar oleh komisen tersebut, juga menjelaskan tentang cara pengiraan komisen, juga mengenai bila pemindahan wang akan berlaku.
  • Apabila Perjanjian Kontraktor ditamatkan oleh salah satu pihak, dan dalam masa sama kontraktor tersebut bukanlah pihak yang memungkiri Perjanjian Kontraktor tersebut, Sofiri akan membayar komisen kepada kontraktor berdasarkan perkhidmatannya sebelum tarikh penamatan perjanjian tersebut.

3. Umum

  • Bayaran komisen dalam mana-mana bulan atau tahun tidak menjamin bahawa kontraktor akan terus menerima bayaran komisen di bulan-bulan atau tahun-tahun mendatang.
  • Sofiri mempunyai hak sepanjang masa untuk mengemas kini, mengubah, memberhentikan, atau memadamkan Polisi Komisen mereka.