POLISI PRIVASI
Apakah Data Perbadi dan apakah sebab kami mengumpulkannya?
Data peribadi ialah maklumat atau sebarang pendapat yang dimiliki oleh seseorang individu. Contoh bagi Data Peribadi yang kami kumpul termasuklah: nama, alamat, emel, nombor telefon, dan lokasi keberadaan. Data Peribadi ini didapatkan melalui pelbagai cara seperti borang digital, emel, melalui laman web www.sofiri.com, aplikasi-aplikasi yang tersedia di dalam Google Store atau Apple Store atau pun mana-mana pihak ketiga. Kami tidak menjamin pula sebarang pautan laman web atau polisi yang dimiliki mana-mana pihak ketiga yang terlibat dalam proses ini. Kami mengumpul Data Peribadi bagi tujuan utamanya iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda selaku pelanggan dan sasaran pemasaran. Kami juga berkemungkinan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lainnya yang anda perlu tahu tujuan-tujuan tersebut amatlah berkaitan dengan tujuan utama Data Peribadi anda digunakan. Untuk hal ini, anda mungkin boleh memberhentikan langganan daripada permesejan atau senarai sasaran pemasaran kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami dalam bentuk bertulis. Apabila kami mengumpul Data Peribadi anda, kami akan dengan sepatutnya dan sebolehnya, menjelaskan kepada anda mengapa kami mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan dan seterusnya, menerangkan bagaimana kami merancang untuk menggunakannya.Maklumat Sensitif
Maklumat sensitif seperti yang dimaksudkan dalam Akta Privasi Australia adalah merangkumi sebarang informasi atau pendapat mengenai perkara-perkara berkaitan asal-usul etnik dan kaum seseorang, pendirian politiknya, keahlian pertubuhan politiknya, kepercayaan agama dan falsafahnya, keahlian kesatuan pekerjanya atau dalam mana-mana badan profesional yang diikutinya, rekod jenayahnya atau maklumat kesihatannya. Maklumat sensitif hanya akan digunakan oleh kami apabila :- Ingin mencapai matlamat dan tujuan utama mengapa ia dikumpul
- Ingin mencapai tujuan-tujuan lain yang berkait rapat dengan tujuan utama tersebut.
- diberikan keizinan oleh anda, di mana patut, berdasarkan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Pihak Ketiga
Apabila ianya sesuai dan praktikal bagi kami, kami akan mengumpul Data Peribadi anda melalui anda sahaja. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan kami mungkin akan dibekalkan dengan maklumat berkenaan daripada mana-mana pihak ketiga. Dalam kes sebegini, kami akan mengambil langkah sepatutnya dalam memastikan yang anda maklum bahawa maklumat tersebut telah dibekalkan kepada kami melalui pihak ketiga.Pendedahan Maklumat Peribadi
Maklumat Peribadi anda berkemungkinan didedahkan dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:- Digunakan oleh mana-mana pihak ketiga apabila anda telah memberikan keizinan kepada mereka untuk mendedahkannya; dan
- Apabila diperlukan atau diperuntukkan sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.